August 17, 2011

..amin..

amaran ya entry kali nie lebih berunsur kejiwanan..okeh cikgu bm jangan menangis dengan tatabahasa aku nie ya..jiwang sikit pagi lepas tengok crita kal ho na ho..sobs..sobs..*oke etu tanda sedih a.k.a menangis pas tengok crita nie..aku pom berjiwang la juga sorang-sorang di beloh nie..tapi tulus dari hati..





Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.


--------------------

"Orang yang arif itu berani bagaimana ia tidak berani, kerana cintanya akan kebenaran telah menyebabkan diri tidak takut mati"
aku rompak ayat ni kat sini
jum ramai-ramai pakat-pakat aminkan doa aku nie..
amin~!!huhu

August 13, 2011

..dimana rasa malu itu..



Dulu, katanya malu itu sebahagian drpd iman,

Tapi..
Hari ini rasa malu semakin kurang dalam diri,..Kenapa?
Manusia malu untuk meminta maaf
Malu untuk bertegur sapa
Malu untuk berubah kepada lebih baik
Malu untuk nasihat menasihati
Malu untuk duduk di hadapan dlm mjlis ilmu
Malu digelar ustaz dan ustazah

Lagi memalukan bila...
Manusia malu bila baju dipakai tak ikut trend, walhal trend itu merosakkan akhlak
Malu bila tak tahu lagu hitz, tapi tak rasa kisah untuk baca dan tahu isi Al-Quran
Malu bila hidup tanpa status ‘couple’, tapi bangga dengan gelaran playboy dan playgirl
Malu bila gaji rendah, tapi tak malu bila buat kerja haram, mencuri, merompak
Malu bila kawan nasihat, tapi tak malu untuk buat maksiat
Malu untuk nasihat kawan, tapi tak malu untuk mengata,mengumpat, memfitnah
Malu bertanya untuk kebenaran, tapi tak malu untuk bercakap bohong
Malu untuk berbuat baik, tapi tak malu langsung untuk berlagak sombong
Malu untuk bersedekah, tapi tak malu untuk berjudi, bertaruh, membazir
Malu untuk mengaku salah, tapi tak malu untuk berbuat salah...
Tersangat malu~sampai sanggup buang ank haram dalam tong sampah, tapi tak malu dgn zina yg dilakukan


Wallahu ‘alam...semoga esok masih ada untuk kita berubah dan menjadi hambaNya yg lebih baik, lebih dan lebih baik..
Niat kerana Allah. Hidup dan mati kerana Allah.~ Cintailah Allah= semoga hati sentiasa tenang.
Without Allah, we are nothing.

..aku..




..aku ingin menjadi..

seekor rama2 yg bebas terbang,


sekali sekala hinggap di bunga-bungaan, menjadi perhiasan, memberi keceriaan..




..aku ingin menjadi..

ombak di lautan,


tak pernah gusar menghadapi apa jua yang mendatang, takkan mundur hingga sampai ke pesisiran..



..aku ingin menjadi..

awan yang biru,


indah, menenangkan, mampu melindungi penghuni bumi dari panas sang mentari..


..aku ingin menjadi burung..

terbang bebas,

menjelajah keseluruh pelusuk dunia,menikmati iptaan Allah, melihat pelbagai ragam manusia



..namun, aku adalah aku..

punyai seribu impian, sejuta harapan.

hari ini aku terus melangkah, mencari makna kehidupan, dalam mencari erti kehidupan