August 17, 2011

..amin..

amaran ya entry kali nie lebih berunsur kejiwanan..okeh cikgu bm jangan menangis dengan tatabahasa aku nie ya..jiwang sikit pagi lepas tengok crita kal ho na ho..sobs..sobs..*oke etu tanda sedih a.k.a menangis pas tengok crita nie..aku pom berjiwang la juga sorang-sorang di beloh nie..tapi tulus dari hati..





Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.


--------------------

"Orang yang arif itu berani bagaimana ia tidak berani, kerana cintanya akan kebenaran telah menyebabkan diri tidak takut mati"
aku rompak ayat ni kat sini
jum ramai-ramai pakat-pakat aminkan doa aku nie..
amin~!!huhu

August 13, 2011

..dimana rasa malu itu..



Dulu, katanya malu itu sebahagian drpd iman,

Tapi..
Hari ini rasa malu semakin kurang dalam diri,..Kenapa?
Manusia malu untuk meminta maaf
Malu untuk bertegur sapa
Malu untuk berubah kepada lebih baik
Malu untuk nasihat menasihati
Malu untuk duduk di hadapan dlm mjlis ilmu
Malu digelar ustaz dan ustazah

Lagi memalukan bila...
Manusia malu bila baju dipakai tak ikut trend, walhal trend itu merosakkan akhlak
Malu bila tak tahu lagu hitz, tapi tak rasa kisah untuk baca dan tahu isi Al-Quran
Malu bila hidup tanpa status ‘couple’, tapi bangga dengan gelaran playboy dan playgirl
Malu bila gaji rendah, tapi tak malu bila buat kerja haram, mencuri, merompak
Malu bila kawan nasihat, tapi tak malu untuk buat maksiat
Malu untuk nasihat kawan, tapi tak malu untuk mengata,mengumpat, memfitnah
Malu bertanya untuk kebenaran, tapi tak malu untuk bercakap bohong
Malu untuk berbuat baik, tapi tak malu langsung untuk berlagak sombong
Malu untuk bersedekah, tapi tak malu untuk berjudi, bertaruh, membazir
Malu untuk mengaku salah, tapi tak malu untuk berbuat salah...
Tersangat malu~sampai sanggup buang ank haram dalam tong sampah, tapi tak malu dgn zina yg dilakukan


Wallahu ‘alam...semoga esok masih ada untuk kita berubah dan menjadi hambaNya yg lebih baik, lebih dan lebih baik..
Niat kerana Allah. Hidup dan mati kerana Allah.~ Cintailah Allah= semoga hati sentiasa tenang.
Without Allah, we are nothing.

..aku..




..aku ingin menjadi..

seekor rama2 yg bebas terbang,


sekali sekala hinggap di bunga-bungaan, menjadi perhiasan, memberi keceriaan..




..aku ingin menjadi..

ombak di lautan,


tak pernah gusar menghadapi apa jua yang mendatang, takkan mundur hingga sampai ke pesisiran..



..aku ingin menjadi..

awan yang biru,


indah, menenangkan, mampu melindungi penghuni bumi dari panas sang mentari..


..aku ingin menjadi burung..

terbang bebas,

menjelajah keseluruh pelusuk dunia,menikmati iptaan Allah, melihat pelbagai ragam manusia



..namun, aku adalah aku..

punyai seribu impian, sejuta harapan.

hari ini aku terus melangkah, mencari makna kehidupan, dalam mencari erti kehidupan

August 12, 2011

..lux for men..

alo alo
assalamualaikum.




tadaaaaaaaa...bergembiralah kaum lelaki sebab kami di syarikat lux tidak sesekali melupakan anda dan melebihkan kaum perempuan..hahaha.*oke cukup-cukup merepek..pertama-tamanya aku nak bagitau yang aku tak dibayar untuk pom jadi promoter dalam belog aku ni..tapi aku dengan tulus ikhlas sesuci bayi baru lahir nie dengan suka hatinya nak mempromosikan lux baru iaitu LUX SECRET BLISS..mandian terbaru dari lux nie..sebenarnya x da pom lux nie bagitau yang mandian terbaru nie khas untuk laki huhuhu..nak tau napa aku kata lux nie tuk laki??sebabnya hari 2 masa aku beli mandian untuk di'refeil'kan aku pom rembat la lux baru nie konon nak try la mandian perasa baru nie.huhu.. dan selepas menggunakannya aku medapati baunya..perghhhhhhh hensem betol..stak tipu*tobat bau dia sangat hensem..dan mandian nie amat lah tidak sesuai untuk pompuan yang suka bau yang sweet..dan pada laki-laki yang kat luar sana aku mengesyorkan mandian nie dan kalau nak aku bleh bagi 1 sebab aku dan beli mandian baru pom untuk ganti yang luxsecretblissjustformen nie..huhuhu..

nie  yang aku rembat kan x bleh nak bau klau yg refeil so trima la akibatnya..
huhuhu

nie lagi..nah..nah..nah
pas nie aku x kan sesukaati lagi nak rembat2 benda2 yg  perlu di hidu
serik
sudah cukupla aku x pandai nak karang ayat tuk di conteng dalam belog 
sekian,
terima kasih
dan akhir sekali.
belilah barangan buatan malaysia :)

August 6, 2011

..kena hack..

sesi luah perasaan
nada sedih di iringi iringan piano yang mendayu-dayu
*bunyi kena cari sendiri
ding dong..bunyi msj msk *bunyi x real..
ui nad fb ko kena hack la..mcm2 post merepek ko post 2-amer alam
aku-hah??serius??agak kurang ajo d sini ya..
yala..chek ar..pastu tukar ar pasword ko 2-amer alam
aku yang mengantuk nie yg x dapat nak buka mata gagah kan juga tuk buka mata dan terus tanya rumate@wawa..
"wa cer tengok fb aku betol ke kena hack??
wawa-aah merepek ja post nie..blah..blah..blah..
tut..tut masuk lagi mesej-hai nadiah apa yang kamu repekkan kan fb nie-kak fifie pj sem 8
aku-maaf itu bukan saya..ada orang yg nak main2 kan saya 2..

okey sudah dengan dialog-panas kan??adoi..orang mana la nak dajal kan aku bulan2 pose nie..'sabo jala'-usop wilchair
aku mmng x dapat teka la sapa yang menghack aku punya fb nie.tp bila dia kata dia amik email dan psword dr aku..eh..eh..eh.. hacker lagi ke gitu??amboi dik agak-agak la.

lepas ja rumate gitau yang betol-betol aku kena hack aku pom apa lagi cepat-cepat menyusahkan rumate dengan menyuruh dia tolong tukarkan password fb aku tu..setahu aku dia ja yang tahu pasword fb aku nie..x pom budak laki kelas aku..hurmmmmmm *bunyi berfikir panjang..sudah2 la berfikir tu..meh godek-gedok apa yang dia dah wat..
hacker lagi kah gini??adoi
aku bagi gambo besar-besar supaya korang x sakit mata dan hati

ayat-ayat baru syok 2 macammmm hurmmm
nasib dia ada puji aku *aku x kan terpedaya~!!
 tp aku malas nak tuduh sapa-sapa sekurang-kurangnya dia x ubah pasword aku

haish x da life~!


ko susah hati ker klau aku ada ramai peminat pom hah??hah??HAH??

sekarang fb aku dah sembuh dari demam..sihat walafiat dah..fb aku dah kembali kepada asal-terima kasih pada rumate tersinta sayang yang sanggup tolong aku tukar pasword aku paaaaaagi tadi

harap lepas nie dah x jadi perkara2 macam nie dah..sila insaf ya orang yang mengcuri fb akaun aku nie..

nah~!!!nie fb aku selepas dia sihat
ada nama eh3m2 d chatbox *blusing
jan pandai2 sakit lagi ya
orang yang pinjam fb aku nie kan mesti rasa fb aku nie famousamour kan..x macam fb dia yang suram lagi kusam..kehkehkeh*okey itu ja
orang guna fb aku tu pandai remove friend aku ler
harap orang yang berkenaan akan insaf
bia la dia berubah di bulan ramadhan nie..
amin~!!!



August 5, 2011

..mereka..

ku merindu..sungguh ku rindu..baru lepas bercakap dengan abah tersayang..dia tanya berbuka dengan apa..oh sungguh ku rindu mahu berbuka bersama mereka..



dari kiri damia, atisya, rania

ay nina

dari kiri nadirah,nabila,nasyihin,natasya,ammar

nina lagi nie

nadirah suka pose

alia

dari kiri alia, nabila, atisya, natasya

yang sorang putera tu namanya farhan tp kami pangil dia a'an

naaa nie gambar dia sorang budak nie paling susah mau bergambar

comel kan??sila la kata comel~!nie rania masa kecik-kecik ^_^

yang nie x jumpa lagi..wuwuwu x sabar nak balik nak cium2 budak nie

oh mak napa la tutup mata *peluk cium mak* muahx3

sekarang nie aku menghitung hari ja mau balik..cepat la masa berlalu..plizzzz.w/pom banyak lagi komitmen yang perlu aku buat kat sini tp aku nak balik juga, tinggalkan segala kekusutan pulang tanpa gundah
"selamat berpuasa"~lambatt

August 3, 2011

..cinta..

dimalam hari aku berjiwang sendiri..sambil membuat kerja sekolah..*penat.


amboi klau sal chintan-chintun nie laju ja kan nak buka..huhuhu..sebenarnya aku nak bagitau sal cinta pada yang Esa, cinta pada yang Addin..



-Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir pada-Mu.

-Jika cinta adalah perjuangan, maka kobarkanlah semangat di dada kami.

-Jika cinta adalah pengorbanan, maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu.

-Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air mata taubat pada-Mu ya Allah~









aku masih mencari2 makna cinta sebenar..semoga hati ini meletakkan cinta kepadaMu paling tertinggi dalam carta hatiku <3 <3 <3.
semoga juga kasih ku teguh padaMu
dan  semoga  KAU restui cintaku sesama insan . amin .