August 13, 2011

..dimana rasa malu itu..



Dulu, katanya malu itu sebahagian drpd iman,

Tapi..
Hari ini rasa malu semakin kurang dalam diri,..Kenapa?
Manusia malu untuk meminta maaf
Malu untuk bertegur sapa
Malu untuk berubah kepada lebih baik
Malu untuk nasihat menasihati
Malu untuk duduk di hadapan dlm mjlis ilmu
Malu digelar ustaz dan ustazah

Lagi memalukan bila...
Manusia malu bila baju dipakai tak ikut trend, walhal trend itu merosakkan akhlak
Malu bila tak tahu lagu hitz, tapi tak rasa kisah untuk baca dan tahu isi Al-Quran
Malu bila hidup tanpa status ‘couple’, tapi bangga dengan gelaran playboy dan playgirl
Malu bila gaji rendah, tapi tak malu bila buat kerja haram, mencuri, merompak
Malu bila kawan nasihat, tapi tak malu untuk buat maksiat
Malu untuk nasihat kawan, tapi tak malu untuk mengata,mengumpat, memfitnah
Malu bertanya untuk kebenaran, tapi tak malu untuk bercakap bohong
Malu untuk berbuat baik, tapi tak malu langsung untuk berlagak sombong
Malu untuk bersedekah, tapi tak malu untuk berjudi, bertaruh, membazir
Malu untuk mengaku salah, tapi tak malu untuk berbuat salah...
Tersangat malu~sampai sanggup buang ank haram dalam tong sampah, tapi tak malu dgn zina yg dilakukan


Wallahu ‘alam...semoga esok masih ada untuk kita berubah dan menjadi hambaNya yg lebih baik, lebih dan lebih baik..
Niat kerana Allah. Hidup dan mati kerana Allah.~ Cintailah Allah= semoga hati sentiasa tenang.
Without Allah, we are nothing.

0 comments:

Post a Comment